POTRET.
Untuk butik bridal, jurugambar & perancang majlis

Kamera bersama untuk setiap majlis pelanggan anda — berjenama studio anda.

Untuk butik bridal, jurugambar dan perancang majlis. Anda sediakan sekali; pengantin terima galeri siap, tetamu ambil foto dengan logo anda.

Contoh foto tetamu dengan logo studio, nama majlis dan tarikh
Contoh: logo studio, nama majlis & tarikh dibakar pada setiap foto tetamu.

Kenapa studio pilih POTRET

Logo anda pada setiap foto

Logo lutsinar, nama majlis dan tarikh — anda tentukan kedudukan, saiz dan fon. Tiada logo POTRET pada foto.

Pengantin tak perlu setting

Anda cipta majlis, pilih bingkai dan jemput pengantin melalui e-mel. Pengantin terus dapat galeri, ZIP, ucapan dan nota suara.

Privasi pengantin terjaga

Hanya pengantin nampak foto tetamu. Studio urus tetapan, QR dan bingkai sahaja.

Semua majlis dalam satu dashboard

Akan datang, sedang berlangsung, selesai — bilangan foto & tetamu, kad QR berlogo untuk dicetak.

Jenama anda di depan tetamu

Halaman tetamu memaparkan studio anda dan “Dirakam bersama” dengan Instagram/WhatsApp anda.

Bayar ikut majlis

Beli kredit pukal; satu kredit untuk satu majlis. Masukkan dalam pakej perkahwinan anda.

Cara ia berfungsi

  1. Mohonisi borang di bawah. Kami semak dan hubungi anda.
  2. Sediakan jenamamuat naik logo dan reka bingkai foto dengan pratonton terus.
  3. Cipta majlis pelanggan1 kredit setiap majlis; jemput pengantin melalui e-mel.
  4. Kongsi QRcetak kad QR berlogo; tetamu imbas dan ambil foto tanpa aplikasi.

Pakej kredit

Harga pakej Rakan Studio dimaklumkan selepas permohonan anda disemak. Permohonan yang diluluskan boleh dapat kredit percubaan.

Mohon jadi Rakan Studio

Daftar atau log masuk akaun POTRET (percuma) dahulu, kemudian isi borang permohonan.

Soalan biasa

Siapa nampak foto tetamu?

Hanya pengantin yang anda jemput. Studio tidak nampak foto, ucapan atau nota suara tetamu.

Boleh guna logo saya sendiri?

Ya. Muat naik PNG lutsinar; anda pilih kedudukan, saiz dan kelegapan. Nama majlis & tarikh boleh diletak di mana-mana sudut.

Tetamu perlu pasang aplikasi?

Tidak. Tetamu imbas QR dan kamera dibuka terus dalam pelayar telefon.

Berapa lama foto disimpan?

Ikut kelayakan pakej setiap majlis. Pengantin diingatkan untuk muat turun ZIP sebelum tarikh tamat.